DIY : Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil (vco)

by - 1.9.16

Hai..

Harini Kaklong nak kongsikan cara buat Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil sendiri dari rumah anda.

Kaklong pun try and error je, last2 menjadi pun..

Ini hasil yang Kaklong buat. 
Guna 2 biji kelapa tua dan hasilnya 105mL VCO

Minyak kelapa dara ni terlalu banyak manfaatnya.
Yang Kaklong ingatlah, ia anti-radang dan anti-bakteria.
Bila muka gatal-gatal (disebabkan resdung), Kaklong buat scrub atau mask menggunakan minyak ni.
Bila kulit rasa kering atau kasar, pakai minyak ni juga..
Sapu nipis2 je kat muka..
Didapati kulit jadi lembab dan lembut; tapi masih tak lawa la..
Haha..

Kat artikel ni ada 20 benefit VCO ni :https://draxe.com/coconut-oil-benefits/
Nanti rajin Kaklong translatekan..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah santan..
Paling senang beli santan kat kedai runcit..
Disebabkan area Kaklong ni tak jumpa santan, terpaksa beli kelapa kat kedai India sebelah kuil tu..
Tapi kelapa kecik la, yang mereka guna untuk ke kuil.
Kaklong beli 2 biji.
Ini memang tahap desperate la ni..
Pakai kukur tangan je.. Jenuh weiii...
Korang jangan buat camni yer.. Nanti nyesal.. :(
Akhirnya dapat setalam kelapa camni..
Sedap sangat nampak..
RAsa cam nak tanak pulut dan goreng ikan kering pastu nyum nyum nyum..
Huhu.. Sabau sabau...
Kemudian kisar kelapa tersebut dengan blender.. Jangan lupa tambah sikit air..
Selesai blend, tapi dengan meenggunakan apa-apa jenis penapis pun boleh..
Masukkan santan dalam bekas dan bekukan selama 3 hari..
Bekukan tu masuk dalam freezer..

Selepas cukup 3 hari, keluarkan dia dan biarkan dalam suhu bilik lebih kurang 12 jam camtu..
Nanti slow-slow korang nampak minyak, air dan lepa santan terpisah macam gambar ni..
Minyak tu ialah yang tengah-tengah..

Time ni Kaklong panik sikit sebab tak tau camana nak keluarkan minyak tu..
Rasanya cara paling senang ialah guna picagari..
Ada kot jual kat farmasi..

Kaklong cuma ceduk keluar dengan senduk..
Memang boring dan lama sangat..
Oleh itu alang-alang nak buat better korang buat 10 biji kelapa camtu, baru la tak jenuh menceduk..

Mula-mula alihkan lepa santan yang atas tu, pastu baru ceduk minyaknya..

Ni ada beberapa cadangan dari kawan-kawan facebook Kaklong..
Kot2 korang bole ikot pendapat dorang..
Semasa ceduk tu korang tapis juga minyak tu guna kain tau, untuk elakkan termasuk sekali lepa santan dia.. Kaklong guna kain t-shirt lama.
Maaf, lupa nak amik gambo tapi guna kain tu.
Akhirnya dapat 105mL minyak kelapa dara..
Proses yang menjenuhkan..
Tapi murah la. HUhuhu..

Minyak kelapa dara yang Kaklong buat ni tak tengik dan tak busuk..
Tengik dan busuk tu berlaku apabila termasukkan sekali dengan air masam dia (lapisan paling bawah). Jadi hati-hati time ceduk tu ya..

Try tau...

Kalo dah try, letak linknya kat bawah, Kaklong nak blogwalk..

Bye

You May Also Like

2 Geng Kaklong

  1. kami adalah produsen minyak sehat berkualitas tinggi yang berfokus untuk memberikan kembali kepada masyarakat dan lingkungan.

    BalasPadam

Komen la sikit ^^

recent posts