28 Jul 2016

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Hai..

Lunch Kaklong harini.

Bukan spaghetti.
Tapi mee tarik goreng.

Sebenarnya Kaklong cari milidi. Tapi tak jumpa kat sini.

Haritu nampak kat pasaraya ala-ala milidi juga, cuma cap 3 orang dewa cina.

Pastu Abang Long belek-belek dan tak bagi beli sebab takde tanda halal (bukan tak halal tau, tapi takde tanda halal). Dan Abang Long suruh beli mee tarik cap budak gemuk tarik mee (haha.. Sori, lupa nama) sebab ada tanda halal.

Kaklong tak pernah makan mee tarik maka tak berapa suka la kene beli cap lain pulak. Karang tak sedap macam mana?

Harini try masak, dan yaaaaa sedap!

Sebenarnya Kaklong yang masak sedap (hew hew mintak puji..)

Resepi dia simple giler.

1. Rebus separuh paket mee tarik tersebut sampai lembut. Tos kan.

2. Ketuk bawang putih 3 ulas, mayang 2 biji bawang sederhana besar, beberapa hiris halia (kuantiti ni adjust sendiri ikut kegembiraan hati). Saute dalam minyak yg sikit.

3. Dah naik bau tu, masukkan udang banyak ekor pun takpe.

4. Udang dah start berubah kaler pink cepat2 masukkan sayur. Kaklong cuma ada sawi je dalam peti. Korang masuk la broccoli, carrot, sayur daun2 yg lain, cili benggala, cendawan dan apa2 je bagi meriah dalam tu.

5. Pastu masukkan mee tarik yang dah lembut tadi dan sikit lada hitam yg dah dikisar kasar (kalo halus tak nampak biji2 lada hitam tu)

6. Agak2 mi dah sekata panasnya tu, tutup api..

Garam??

7. Garam masukkan selepas tutup api. Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Kenapa masuk garam selepas tutup api?

Haritu ada cheff dalam tv kata garam yang dipanaskan (lebih takat didih kot) akan berkristal dalam darah.

Kaklong tak tau apa tu, tapi macam seram je.

Esok masak ya.

Bye.

6 Geng Kaklong

Nampak macam spageti la kak long hehe.

Farah xpernah lagi masak mee tarik. Macam mana rupa nak beli pun xtau

Terimakasih Kaklong Artikel mee tarik goreng nya sangat bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Salam Aneka Kue Kering

Bolehlah mya cuba masak mee tarik lepas ini..

A'ah macam spageti. Cuma warna dia kuning cair.
Ada kat rak bihun juga. Biasanya plastik ada tulisan cina.

Try la :)

Makasih Raja Kue. Semoga sukses juga (y)

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)