Pasal Kaklong

by - 27.7.16

Hai,

Kaklong lahir kat Kemaman, rumah nenek. Bidan sambut tau..
Dibesarkan kat Kuantan.
Sekolah kat Assunta pastu masuk SMART pastu matrik kat IKIP. Time tu matrik Gambang belom buka. Kaklong blaja aliran Sains Tulen masa kat skolah, pastu Sains Hayat time kat matrik.
Pastu kaklong amik degree kat KUSTEM (sekarang UMT) jurusan Marine Biology
Sepanjang 3 tahun tu Kaklong seronok giler.
Rasa taknak grad je..

Keseronokan terhenti sesudah grad Kaklong tak dapat keje yang berkaitan..
Ye la, kalo pegawai kat Jabatan Perikanan pun tak tau keje apa yang sesuai dengan kita, apatah lagi kita yg fresh grad ni.

Pastu sambil-sambil cari keje tu, Kaklong amik kursus Tourist Guide.
Tapi malangnya Kaklong gagal..
Kitorang masuk kursus untuk jadi English Language Tourist Guide, tapi minggu2 terakhir tu management tukar bagi jadi Malay Language Guide bile tengok rata-rata anak Terengganu ni teruk sungguh Bahasa Inggeris mereka (termasuk Kaklong la)

Tapi, ada beberapa antara kami (termasuk Kaklong) pilih English.
Teacher pun galakkan kami amik English juga sbb kami macma okay sket la dari dorang..
Akhirnya, Kaklong gagal.
Hahaha...

Sia-sia je...

Pastu Kaklong keje la apa-apa pun kemudian gi la kursus keusahawanan.
Jadi trainee kat mini market selama 4 bulan kat Melaka..
Dan sambung 2 bulan kat Kuantan...
Tapi 2 bulan kat Kuantan tu memang teruk la..
Dorang tak layan pun kita, macam tak wujud je..
Beza sangat dengan kat Melaka.

Kaklong banyak belajar beradap dan sopan santun kat Melaka tau..
Dorang kalo terserempak dengan sapa2 pun walau tak kenal, mesti bertegur sapa..
Biasanya kita sapa "pakcik" kat org tua, org tua pulak sapa "nak" (bermaksud anak) kat org muda.
Kebiasaan tu terbawa-bawa time Kaklong sambung trainee kat Kuantan..
Sornag kakak senior lalu, Kaklong pun sapa la "kak" sambil senyum comel giler.
Kakak tu berhenti dan tanya "Apa?", bermaksud "apa kau nak?" sambil beliakkan mata dan angkat2 kepala dia..
Panik Kaklong dibuatnya, "takde apa2. Saya tegur je"
Kakak senior tu berdegus la berpaling macam menyampah sangat kat Kaklong ni..
Sejak haritu Kaklong dah tak tegur dah sapa2.
Takot orang marah..

Selesai kursus tu Kaklong berniaga kat gerai ayah, jual nasi lemak pagi2..
Time tu la kaklong terjebak dengan kraf.

PAda waktu tu juga Kaklong ditemukan jodoh dengan anak kawan baik ayah..
Kitorang diperkenalkan, pastu kami berkawan dan decide nak kawen.
Pastu kawen.,
Lepas kawen baru la bercinta...
Seronok tau..

Seronok sebab takde "sebelom" dan "selepas"
Hanya ada "selepas" je..
BIasa kan kalo pasangan gaduh ada dorang sebut "sebelom kawen awak macam ni, selepas kawen macam ni pulak". "sebelom kawen kata macam ni, selepas kawen tak buat pon"
Tapi dalam kehidupan kami takde peluang nak sebut mcm tu sebab takde "sebelom" tu.
Bagus juga kan..

Sebelom kawen Kaklong dah bagitau bahawa Kaklong taknak kerja.
Alhamdulillah Abang Long setuju..
Dan ya, Kaklong jadi suri rumah sambil uruskan bisnes online kecik ni.
Nama je suri rumah, tapi siang malam kerja tau.
Huhuhu..

Tahun ni ialah tahun ke-4 perkahwinan kami..
Namun masih belom dapat cahaya mata..
Kak Ngah dah dapat 2 orang..
Uda pun dah dapat sorang
Lagi 2 orang adik Kaklong belom kawen (muda lagi)
Dan sorang lagi masih sekolah.

Harap2 Kaklong dapat baby hujung tahun ni..
Aamin..

Bye

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts