Sejarah Pembukaan Blog

by - 27.7.16

Salam...


Ni bukan blog pertama kaklong.
Blog pertama ialah "Langit Pertama"

Blog tu started tahun 2009. Time tu kaklong baru2 start kenal internet dan blog tu khas untuk kaklong merapu-rapu dan meluahkan rasa marah serta tak puas hati..
Pastu merepek yang bukan-bukan.

Pada tahun 2010, kaklong mula berjinak-jinak dengan craft dan kaklong selalu update pasal kraf yang kaklong buat dalam tu..
Dan alhamdulillah, ntah dari mana-mana je orang datang tempah..

Pastu rasa cam tak sesuai pula, sebab previous post ada banyak marah-marah dengan kehidupan.
Karang kastemer baca tak syok la pulak kan..
Pastu kaklong pun tulis la blog baru bernama Krafty.

Dan 2 hari lepas genap 6 tahun kaklong bersama Krafty.
Kaklong dah lama jugak la rasa overwhelm dengan Krafty.
Terlalu banyak keje nak dibuat.
Semuanya gara-gara susah betul orang nak nampak kita..

Follower kaklong kat fb dah dekat 8k; tapi setiap kali naik post cuma 100 org je dapat baca.
Nak bagi ramai, kene bayar.
Rasa penat sangat, update hari2 tapi ciput je baca
Bayar banyak pulak tu..

Ya, kaklong tau ada teknik yang bole buat pembaca like dan share kita punya post.
Tapi kaklong tak sampai hati nak guna teknik-teknik tu.
Kaklong sendiri pun muak dengan iklan dan post berbaur iklan kat FB, apatah lagi kastemer kaklong sekalian.

Kat IG pun dah start jadi macam facebook jugak..

Dan sekarang kaklong dah kekeringan idea nak tulis apa kat blog.
Nak tulis pendek-pendek rasa tak berbaloi pulak.
Nak pendek better kat FB, IG dan Twitter; kan..

Punca kekeringan idea tu semestinya kerana niche bog tersebut.
Blog kraf kan..
Rasa tak kene pulak nak tunjuk gi jalan-jalan Pulau Pangkor
atau tunjuk nak masak kek 
atau tunjuk gi jumpa doktor gigi.

Niche tersebut telah menghadkan kreativiti kaklong (cewah!)

Maka harini kaklong lancarkan blog baru ni..
Personal blog dimana kaklong boleh campak semua perkara yang berlaku dalam hidup kaklong dalam ni.

Bye

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts