29 Jul 2016

Kad Raya 2016

Hai..

Tahun ni Kaklong dapat 2 kad raya dari rakan blogger.

Aik, baru 3 entry dah ada rakan blogger?

Hello, Kaklong start blogging sejak 2009 hokay..

Malangnya ramai rakan blogger yang dah lost contact dan stop blogging.




Yang ni datangnya dari Brader YeopMaz.
Dia ni rakan baru Kaklong.
Aritu nampak ada orang share link kad raya dari blog dia, Kaklong pun saja-saja join.
Tak sangka pula tiba-tiba sampai kad raya ni kat rumah.
Terkejut kau..

Suka sangat!




Yang ni pula datang dari Sis Ayuni.
Kaklong dah lama kenal dia dan sentiasa ikuti perkembangan dia di media sosial. Bagi Kaklong dia ni unik, talented dan menyeronokkan.

Tengok kad raya tu..
Dia la yang lukis tu..


Dan yang ketiga..
Aik, tadi kata dapat dua je?

Ya, memang dapat dua kad raya.
Tu la, orang tengah bercakap dia menyampuk.
Ni la nak citer ni..

Yang ketiga ni bukan kad raya, tapi balasan dari kad raya yang Kaklong hantar kpd sorang kartunis indie ni.

Dia tak bagi dedahkan nama sebab tak larat melayani karenah peminat-peminat fanatik dia yang pelik2 punya perangai.

Dia poskan kepada Kaklong sebuah komik indie dimana dia pun turut sama melukis didalam komik tersebut (aiyoo, ayat..).

Kalo peminat dia tau ni pasti dorang tak puas hati sebab dorang pun nak jugak. Hahaha..

Sorry, Kaklong tak bole tunjukkan komik tu sebab dah janji dengan beliau..

Bye.

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)