31 Jul 2016

Digimon Evolve

Hai.

Digimon Kaklong dah besar sikit.


Comel tak?
Rasanya ni umo masuk tadika kot.

Hari-hari Kaklong training dia tau..
Ceh, padahal baru sehari.. XD

Tak sabar nak evolve lagi.

Bye

30 Jul 2016

Tak Dapat Pokemon, Digimon pun Bole la.

Hai..

Kaklong frust jugak tak dapat main Pokemon Go.. Walaupun nanti main seminggu dua je pastu uninstall. Excited kejap je, nak merasa.

Apapun, adik Kaklong iaitu Uda yang merupakan peminat tegar game, installkan  Digimon dalam phone Kaklong.

Uda ni free lance. Keje dia lukis-lukis utk game. Game orang lain buat, dia lukis karakter, objek, background macam tu la. Kaklong pun tak berapa faham.

Kalo Pokemon tu stand for Pocket Monster; Digimon ni stand for Digital Monster. Bukan Saya Sayang Yahudi tau. Ntah apa-apa je.. XD

Ni la Digimon Kaklong.
Eh, dia poo poo yer..
Lupa nak cuci.. Haha..

Jom tengok biodata dia..

Masih baby lagi.

Kaklong tak begitu paham main benda ni. Mainan budak lelaki kan. Kene banyak menuntut ilmu dari dorang ni..

Bye.

29 Jul 2016

Kad Raya 2016

Hai..

Tahun ni Kaklong dapat 2 kad raya dari rakan blogger.

Aik, baru 3 entry dah ada rakan blogger?

Hello, Kaklong start blogging sejak 2009 hokay..

Malangnya ramai rakan blogger yang dah lost contact dan stop blogging.




Yang ni datangnya dari Brader YeopMaz.
Dia ni rakan baru Kaklong.
Aritu nampak ada orang share link kad raya dari blog dia, Kaklong pun saja-saja join.
Tak sangka pula tiba-tiba sampai kad raya ni kat rumah.
Terkejut kau..

Suka sangat!




Yang ni pula datang dari Sis Ayuni.
Kaklong dah lama kenal dia dan sentiasa ikuti perkembangan dia di media sosial. Bagi Kaklong dia ni unik, talented dan menyeronokkan.

Tengok kad raya tu..
Dia la yang lukis tu..


Dan yang ketiga..
Aik, tadi kata dapat dua je?

Ya, memang dapat dua kad raya.
Tu la, orang tengah bercakap dia menyampuk.
Ni la nak citer ni..

Yang ketiga ni bukan kad raya, tapi balasan dari kad raya yang Kaklong hantar kpd sorang kartunis indie ni.

Dia tak bagi dedahkan nama sebab tak larat melayani karenah peminat-peminat fanatik dia yang pelik2 punya perangai.

Dia poskan kepada Kaklong sebuah komik indie dimana dia pun turut sama melukis didalam komik tersebut (aiyoo, ayat..).

Kalo peminat dia tau ni pasti dorang tak puas hati sebab dorang pun nak jugak. Hahaha..

Sorry, Kaklong tak bole tunjukkan komik tu sebab dah janji dengan beliau..

Bye.

28 Jul 2016

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Hai..

Lunch Kaklong harini.

Bukan spaghetti.
Tapi mee tarik goreng.

Sebenarnya Kaklong cari milidi. Tapi tak jumpa kat sini.

Haritu nampak kat pasaraya ala-ala milidi juga, cuma cap 3 orang dewa cina.

Pastu Abang Long belek-belek dan tak bagi beli sebab takde tanda halal (bukan tak halal tau, tapi takde tanda halal). Dan Abang Long suruh beli mee tarik cap budak gemuk tarik mee (haha.. Sori, lupa nama) sebab ada tanda halal.

Kaklong tak pernah makan mee tarik maka tak berapa suka la kene beli cap lain pulak. Karang tak sedap macam mana?

Harini try masak, dan yaaaaa sedap!

Sebenarnya Kaklong yang masak sedap (hew hew mintak puji..)

Resepi dia simple giler.

1. Rebus separuh paket mee tarik tersebut sampai lembut. Tos kan.

2. Ketuk bawang putih 3 ulas, mayang 2 biji bawang sederhana besar, beberapa hiris halia (kuantiti ni adjust sendiri ikut kegembiraan hati). Saute dalam minyak yg sikit.

3. Dah naik bau tu, masukkan udang banyak ekor pun takpe.

4. Udang dah start berubah kaler pink cepat2 masukkan sayur. Kaklong cuma ada sawi je dalam peti. Korang masuk la broccoli, carrot, sayur daun2 yg lain, cili benggala, cendawan dan apa2 je bagi meriah dalam tu.

5. Pastu masukkan mee tarik yang dah lembut tadi dan sikit lada hitam yg dah dikisar kasar (kalo halus tak nampak biji2 lada hitam tu)

6. Agak2 mi dah sekata panasnya tu, tutup api..

Garam??

7. Garam masukkan selepas tutup api. Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Kenapa masuk garam selepas tutup api?

Haritu ada cheff dalam tv kata garam yang dipanaskan (lebih takat didih kot) akan berkristal dalam darah.

Kaklong tak tau apa tu, tapi macam seram je.

Esok masak ya.

Bye.

Aplikasi Email yang Paling Best

Hai.

Kaklong ada dua email.
Satu untuk peribadi dan satu lagi untuk bisnes.

Gmail app yang dah automatically installed dalam phone ni macam tak berguna je.

Dah ler takde noti bila email baru masuk, pastu bila send email tak sampai-sampai pula tu.

Banyak kali Kaklong reply order customer melalui gmail app. Sudahnya malam karang baru dorang dapat. Patut la petang asyik tanya banyak kali. Bila check, pending je memanjang. Geram Kaklong tau..

Antara email apps yang pernĂ h Kaklong try, inilah yang terbaik setakat ni.




mail.ru app

- Interface dia kemas dan smooth giler.
- Senang check 2 email serentak.
- Notification on the spot (takde delay)
- Takde loading lama-lama.
- Senang nak attach file.
- Reload pun cepat.
- Pendek kata memang best la.

Korang yang super busy macam Kaklong bole terai guna app ni. In shaa Allah puas hati..

Bye

27 Jul 2016

Pasal Kaklong

Hai,

Kaklong lahir kat Kemaman, rumah nenek. Bidan sambut tau..
Dibesarkan kat Kuantan.
Sekolah kat Assunta pastu masuk SMART pastu matrik kat IKIP. Time tu matrik Gambang belom buka. Kaklong blaja aliran Sains Tulen masa kat skolah, pastu Sains Hayat time kat matrik.
Pastu kaklong amik degree kat KUSTEM (sekarang UMT) jurusan Marine Biology
Sepanjang 3 tahun tu Kaklong seronok giler.
Rasa taknak grad je..

Keseronokan terhenti sesudah grad Kaklong tak dapat keje yang berkaitan..
Ye la, kalo pegawai kat Jabatan Perikanan pun tak tau keje apa yang sesuai dengan kita, apatah lagi kita yg fresh grad ni.

Pastu sambil-sambil cari keje tu, Kaklong amik kursus Tourist Guide.
Tapi malangnya Kaklong gagal..
Kitorang masuk kursus untuk jadi English Language Tourist Guide, tapi minggu2 terakhir tu management tukar bagi jadi Malay Language Guide bile tengok rata-rata anak Terengganu ni teruk sungguh Bahasa Inggeris mereka (termasuk Kaklong la)

Tapi, ada beberapa antara kami (termasuk Kaklong) pilih English.
Teacher pun galakkan kami amik English juga sbb kami macma okay sket la dari dorang..
Akhirnya, Kaklong gagal.
Hahaha...

Sia-sia je...

Pastu Kaklong keje la apa-apa pun kemudian gi la kursus keusahawanan.
Jadi trainee kat mini market selama 4 bulan kat Melaka..
Dan sambung 2 bulan kat Kuantan...
Tapi 2 bulan kat Kuantan tu memang teruk la..
Dorang tak layan pun kita, macam tak wujud je..
Beza sangat dengan kat Melaka.

Kaklong banyak belajar beradap dan sopan santun kat Melaka tau..
Dorang kalo terserempak dengan sapa2 pun walau tak kenal, mesti bertegur sapa..
Biasanya kita sapa "pakcik" kat org tua, org tua pulak sapa "nak" (bermaksud anak) kat org muda.
Kebiasaan tu terbawa-bawa time Kaklong sambung trainee kat Kuantan..
Sornag kakak senior lalu, Kaklong pun sapa la "kak" sambil senyum comel giler.
Kakak tu berhenti dan tanya "Apa?", bermaksud "apa kau nak?" sambil beliakkan mata dan angkat2 kepala dia..
Panik Kaklong dibuatnya, "takde apa2. Saya tegur je"
Kakak senior tu berdegus la berpaling macam menyampah sangat kat Kaklong ni..
Sejak haritu Kaklong dah tak tegur dah sapa2.
Takot orang marah..

Selesai kursus tu Kaklong berniaga kat gerai ayah, jual nasi lemak pagi2..
Time tu la kaklong terjebak dengan kraf.

PAda waktu tu juga Kaklong ditemukan jodoh dengan anak kawan baik ayah..
Kitorang diperkenalkan, pastu kami berkawan dan decide nak kawen.
Pastu kawen.,
Lepas kawen baru la bercinta...
Seronok tau..

Seronok sebab takde "sebelom" dan "selepas"
Hanya ada "selepas" je..
BIasa kan kalo pasangan gaduh ada dorang sebut "sebelom kawen awak macam ni, selepas kawen macam ni pulak". "sebelom kawen kata macam ni, selepas kawen tak buat pon"
Tapi dalam kehidupan kami takde peluang nak sebut mcm tu sebab takde "sebelom" tu.
Bagus juga kan..

Sebelom kawen Kaklong dah bagitau bahawa Kaklong taknak kerja.
Alhamdulillah Abang Long setuju..
Dan ya, Kaklong jadi suri rumah sambil uruskan bisnes online kecik ni.
Nama je suri rumah, tapi siang malam kerja tau.
Huhuhu..

Tahun ni ialah tahun ke-4 perkahwinan kami..
Namun masih belom dapat cahaya mata..
Kak Ngah dah dapat 2 orang..
Uda pun dah dapat sorang
Lagi 2 orang adik Kaklong belom kawen (muda lagi)
Dan sorang lagi masih sekolah.

Harap2 Kaklong dapat baby hujung tahun ni..
Aamin..

Bye

Sejarah Pembukaan Blog

Salam...

Ni bukan blog pertama kaklong.
Blog pertama ialah "Langit Pertama"

Blog tu started tahun 2009. Time tu kaklong baru2 start kenal internet dan blog tu khas untuk kaklong merapu-rapu dan meluahkan rasa marah serta tak puas hati..
Pastu merepek yang bukan-bukan.

Pada tahun 2010, kaklong mula berjinak-jinak dengan craft dan kaklong selalu update pasal kraf yang kaklong buat dalam tu..
Dan alhamdulillah, ntah dari mana-mana je orang datang tempah..

Pastu rasa cam tak sesuai pula, sebab previous post ada banyak marah-marah dengan kehidupan.
Karang kastemer baca tak syok la pulak kan..
Pastu kaklong pun tulis la blog baru bernama Krafty.

Dan 2 hari lepas genap 6 tahun kaklong bersama Krafty.
Kaklong dah lama jugak la rasa overwhelm dengan Krafty.
Terlalu banyak keje nak dibuat.
Semuanya gara-gara susah betul orang nak nampak kita..

Follower kaklong kat fb dah dekat 8k; tapi setiap kali naik post cuma 100 org je dapat baca.
Nak bagi ramai, kene bayar.
Rasa penat sangat, update hari2 tapi ciput je baca
Bayar banyak pulak tu..

Ya, kaklong tau ada teknik yang bole buat pembaca like dan share kita punya post.
Tapi kaklong tak sampai hati nak guna teknik-teknik tu.
Kaklong sendiri pun muak dengan iklan dan post berbaur iklan kat FB, apatah lagi kastemer kaklong sekalian.

Kat IG pun dah start jadi macam facebook jugak..

Dan sekarang kaklong dah kekeringan idea nak tulis apa kat blog.
Nak tulis pendek-pendek rasa tak berbaloi pulak.
Nak pendek better kat FB, IG dan Twitter; kan..

Punca kekeringan idea tu semestinya kerana niche bog tersebut.
Blog kraf kan..
Rasa tak kene pulak nak tunjuk gi jalan-jalan Pulau Pangkor
atau tunjuk nak masak kek 
atau tunjuk gi jumpa doktor gigi.

Niche tersebut telah menghadkan kreativiti kaklong (cewah!)

Maka harini kaklong lancarkan blog baru ni..
Personal blog dimana kaklong boleh campak semua perkara yang berlaku dalam hidup kaklong dalam ni.

Bye